Ahad, Februari 08, 2009

TAKLIMAT PENEMPATAN SEKOLAH



9 Januari 2009 - Merupakan hari pertama taklimat posting mengajar bagi guru-guru baru yang akan bertugas di kawasan Sandakan. Hari ini juga merupakan hari pertama saya akan dapat menjejakkan kaki di bumi Sandakan.




Untuk sampai ke Sandakan, saya menaiki bas express seawal jam 730 am di terminal bas Inanam. Sebelum bertolak, saya sempat membeli makanan dan minuman sebagai bekalan dalam perjalanan nanti. Sempat juga beli News Sabah Time, untuk dibaca menghilangkan rasa bosan kerana perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk sampai ke destinasi.




Antara tempat-tempat yang akan dilalui ialah Tamparuli, Ranau, Telupid, simpang ke Beluran dan simpang ke Lahad Datu.




Bas sampai di terminal sandakan kira-kira 130 pm dan saya mengambil teksi untuk sampai ke Hotel Sanbay. Terpaksa buang RM15 juga oh. Apa buli buat lah sebab tak tau tu tempat. Ingatkan buli jalan kaki ke hotel, rupa2 nya jauh lagi pula.




Sampai di hotel, ramai sudah orang ni. Tepaksa beranikan diri tanya di kaunter. Chek in dulu ni tuk simpan beg semua n tukar baju formal. Masuk ja di dlam dwn taklimat, semua orang tengok. Malu jg lah tapi buat mcm tiada ja lah.(padahal dlm hati, tahan malu hehehe) Lepas dapat tempat duduk,rupa2 nya ada juga kawan2 se maktab n yg sya kenal di sana.




Tdur di hotel memang syok lah. Pasang Air con sampai pagi, Nasip tdk lewat bangun. Hari ke 2 merupakan hari yg d tunggu2 sebab penyerahan surat posting dimana tempat mengajar akan dapat diketahui. Akhirnya saya dapat di SK Kiandongo, Telupid. Dekat ja bah Telupid, kira2 4 jam dari tamparuli. Kami 4 org dapat di sekolah ini tapi sorang tak dtg jadi sampai skrg ni 3 org ja lah. 2 org sabah n sorang terengganu. semua lelaki. Kwn sorang tu dari Kota Belud.




Sebelum sampai di sekolah, kami menginap di rumah cikgu yg menjemput kami di hotel. 12 Jan baru kami sampai di sekolah, tu pun petang sudah ni. Tempat tinggal pun sudah durang sediakan. Sekolah 2 blok ja tapi kecil ja lah. Sekolah pedalaman kan.




Di sini, jalan sudah ok berbanding dulu. sudah kena aspal, air pun ada termasuk elektrik(solar).


Internet pun ada juga(Wifi). Cuma yg kurang ialah kemudahan sekolah. kesian jg tngk keadaan dia tp ok lah. Bersemangat juga mengajar wlpn serba kekurangan.Apa tdk dapat elaun P2 hehehe.... Thanks kpd Celcom kerana memberikan liputan penuh di kawasan ini!!!...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan