Isnin, Februari 09, 2009

KARTUN PENDIDIKAN










GUNUNG KINABALU

Panorama dari puncak Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia, mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut. Gunung Kinabalu merupakan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.


Pembentukan
Gunung Kinabalu terhasil dari pertembungan litosfera Laut China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.
Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan (5 mm) dan sukar dilihat dengan mata kasar [1].
Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter.
Ciri fizikal
Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.

Kesemua puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartenar atau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika waktu itu puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier. Kesan pergerakan glasier boleh dilihat di kawasan Pinusok Gravel iaitu satu tempat yang terletak antara Kundasang dan Ranau.

SUKU KAUM KADAZAN DUSUN

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China[perlu petikan]. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.

Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu besar. Kalau diperhatikan dari segi jumlah penutur antara dialek Dusun dan Kadazan, didapati penutur dialek Dusun lebih ramai.
Kepercayaan
Kesemua etnik kecil ini menggunakan Bahasa Kadazandusun. Pada zaman puntung berasap, mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Kinorohingan adalah satu-satunya tuhan mereka. Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Kadazandusun adalah penganut agama Kristian. Sebahagian daripada mereka juga beragama Islam. Bomoh bagi masyarakat Kadazandusun dikenali sebagai Bobolian.
Perayaan
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"
Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun.

Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus: Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).

Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.

MENYIMPAN WANG SETIAP BULAN

Perancangan kewangan amat penting bagi sesebuah keluarga. Jika mereka mempunyai perancangan kewangan yang baik, maka mereka tidak akan mengalami masalah kewangan. Selain itu, dalam perancangan kewangan khususnya pendapatan bulanan, perlu diwujudkan peruntukan untuk simpanan. Ini bagi membantu apabila wujudnya keperluan yang memerlukan
sejumlah wang yang banyak, seperti memperbaiki kenderaan, membayar insurans dan cukai jalan, perjalanan pulang ke kampong, perbelanjaan ketika musim perayaan dan sebagainya. Dalam hal ini, berikut adalah beberapa panduan mudah untuk menyimpan wang setiap bulan.

1. Jika anda bekerja dengan seseorang majikan atau syarikat, sudah pastinya anda mempunyai akaun yang digunakan untuk pembayaran gaji. Setiap bulan wang gaji akan dimasukkan ke dalam akaun tersebut. Apa yang perlu dilakukan untuk membuat simpanan ialah mewujudkan satu akaun lain untuk simpanan peribadi. Anda boleh meminta majikan membuat potongan gaji terus ke dalam akaun tersebut, atau anda sendiri memasukkan wang secara tetap dalam akaun tersebut secara manual. Ini memerlukan tahap disiplin yang tinggi.

2. Bagi yang bekerja sendiri, boleh gunakan kaedah perbankan auto debit. Kaedah ini sama seperti memasukkan wang dalam akaun peribadi yang berasingan.

3. Jika anda mempunyai akaun di Amanah Saham, buat potongan gaji atau perbankan auto debit secara tetap ke dalam akaun tersebut. Ini kerana anda juga boleh mengeluarkan wang apabila
memerlukan.

4. Jadi pemegang polisi insurans atau takaful hayat yang dibayar secara potongan gaji atau auto debit. Ini merupakan simpanan secara “paksa” yang boleh digunakan apabila tempohnya telah matang.

IMEJ KG PUKAK TAMPARULI, SABAH

Gambar menunjukkan jalan raya dari kg.Pukak ke Tamparuli

Titik biru dalam gambar merupakan lokasi pusat reakreasi
kg Pukak. Ianya juga merupakan starting point bagi aktiviti
white water rafting di negeri Sabah selain daripada sg. Padas
di Tenom.

Pertemuan antara 2 buah sungai iaitu sg. Kimoulau dan sg. Tuaran


Tempat ini juga sesuai untuk aktiviti Camping dan aktiviti outdoor yang lain.













RESEPI SIPUT SEDUT YANG SEDAP




Hai, apa khabar?
Saya mau berkongsi bah dengan kamurang semua satu resepi tradisional yang jarang2 kita dengar. Resepi ini saya namakan "siput sedut yang sedap" Takkan makan KFC ja kan hehehe... cara masak pun simple ja bah. Baiklah, bahan-bahanya ialah seperti di bawah:

Bahan-Bahan

1. Siput sedut @ tuntul (yang selalu ada di sungai tu)
2. Bawang merah
3. Minyak masak
4. Garam dan ajinomoto
5. Serbuk kari (apa2 ja, babas pun buli jg hehe)
6. Air

Cara Penyediaan

Senang ja bah, tapi mula-mula kamurang potong dulu ekor siput tu supaya bila sudah masak senang disedut. Kalau tak dipotong, nda buli sedut la pula. Cara potong tu ikut kreativiti kamu lah. Guna parang tumpul pun buli. Takkan itu pun mau tunjuk juga kan. Lepas tu buli lah dibersihkan siput2 tu sebelum dimasak.

Panaskan minyak dan goreng bawang merah hingga baunya menyusuk sampai ke lubang hidung kamu. Lepas tu, masukkan air dan juga seterusnya siput sedut tersebut. Tambahkan garam dan ajinomoto secukup perasaan kamu. Kalu nak sedap lagi, tambahkan kari atau apa-apa bahan lain yang korang pikirkan sesuai untuk menyedapkan lagi masakan tersebut. Tapi kalau telebih sedap, takut pula kulit siput pun korang makan hehe..Tunggu sampai masak kira-kira 15-20 minit dan bolehlah kamu hidangkan.

Tips:
1. Rendam siput sedut tersebut semalaman,berikan peluang siput tu berak dulu
kerana kalau kamu terus masak ja, ada pasir tu bila kamu makan.
2. Menyedut tu pun ada cara juga. Sedut dengan sepenuh perasaan tetapi AWAS! kena kontrol juga. Dikhuatiri isi siput tu masuk terus ke kerongkong dan menyebabkan kamurang tercekik. Kalau tecekik ja nda pa, kalau terus GOL.... Palis-palis kan hehehe...

Ok lah, try lah kalau berani..sedap juga bah tapi kalau selalu muak juga.



Ahad, Februari 08, 2009

PEDIH ULU HATI

Kebanyakan kita akan mengalami pedih hulu hati dari masa ke semasa. Di dapati sekurang-kurangnya 25% daripada wanita mengandung mengalami pedih hulu hati hampir setiap hari.
Apakah Itu Pedih Hulu Hati?
Pedih hulu hati selalunya dirujuk sebagai senak akibat kandungan asid yang mengalir balik dari perut ke bahagian bawah esofagus. Ia dinyatakan sebagai terasa sakit yang amat sangat di bahagian dada, di belakang tulang dada, menjalar ke atas ke bahagian leher dan tekak. Keadaan ini akan berlarutan selama antara 2-3 jam dan menjadi semakin teruk selepas makan. Gejala lain termasuklah terasa pahit dan masam akibat cecair yang naik ke tekak atau ke mulut. Berbaring atau membongkokkan badan juga boleh mencetuskan pedih hulu hati.
Adakah Pedih Hulu Hati Sebagai Tanda Penyakit Jantung?
Kadangkala pedih hulu hati disalahanggapkan sebagai serangan jantung. Walau bagaimanapun, perbezaan utama antara pedih hulu hati dengan serangan jantung ialah pedih hulu hati ini lazimnya tidak ada kaitannya dengan aktiviti fizikal. Manakala serangan jantung bermula dengan peningkatan aktiviti fizikal atau senaman dan akan beransur lega apabila berehat.
Apakah Penyebabnya?
Rasa pedih atau sakit yang amat sangat itu adalah disebabkan oleh pengeluaran asid yang tertolak naik dari perut melalui injap yang lemah (Sfinkter Esophagus) ke atas. Apabila asid ini naik sampai ke tekak, pesakit akan terasa masam dan pahit di dalam mulutnya.
Rajah berikut menunjukkan mekanisma utama antirefluks.
Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Pedih Hulu Hati
• Kegemukan/obesiti
• Makan terlalu banyak
• Muntah
• Sendawa
• Berbaring
• Mengambil makanan yang melemahkan otot injap atau mengganggu esofagus seperti makanan berlemak dan berempah, meminum alkohol, kopi, coklat, minuman ringan bergas, buah-buahan sitrus dan jus atau produk tomato.
• Mengandung
• Proses penuaan biasa
• Mengambil sesetengah ubat seperti Theophylline, Oral Bronchodilator, penyekat kalsium, diazepam, vitamin C dan aspirin.
Penjagaan Sendiri
• Kurangkan berat badan (bagi mereka yang obes)
• Jangan makan terlalu banyak
• Makan sedikit dan elakkan dari mengambil snek di waktu lewat malam
• Hadkan atau elakkan makanan yang boleh menyebabkan pedih hulu hati seperti coklat, makanan berempah dan berlemak, kafein dan sebagainya.
• Jangan berbaring dalam tempoh 3 jam selepas makan
• Berhenti merokok
• Elakkan pengambilan alkohol
• Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat
• Angkat kepala katil setinggi 6 inci dengan meletakkan buku telefon/apa-apa blok yang tebal di bawah tilam atau meletakkannya di bawah kaki katil.
• Memantau ubat-ubatan yang diambil
• Berjumpalah doktor atau pegawai farmasi berhubung cara penggunaan ubat-ubat yang dibeli di kedai seperti antasid (untuk menawarkan asid dalam perut) atau penyekat asid seperti H2 Receptor Antagonist (mengurangkan pengeluaran asid dalam perut).
Berjumpalah Doktor Sekiranya...
• Terasa sakit dan sesak nafas dalam satu masa atau gejala-gejala lain yang mirip kepada masalah jantung
• Anda mengesyaki ubat yang diambil menyebabkan pedih hulu hati
• Pedih hulu hati yang berlarutan lebih dari 2 minggu (sejak mulanya serangan) setelah mengambil ubat yang dibeli.